Feedback & testimoni
Apa Kata Mereka

Happy customer, Happy me
Terima kasih kerana sudi menggunakan produk dari NelNatural. Dan terima kasih tak terhingga juga kerana sudi pula memberi maklumbalas selepas menggunakan produk kami. Disini saya kongsikan kompilasi maklumbalas dari pelanggan yang telah menggunakan produk NelNatural.
Terima kasih daun keladi, jangan lupa repeat beli lagi…

Salam sis, Happynya saya. Dah dua hari guna sabun skrub yang saya beli dengan sis tu. Kesannya alhamdulillah. Ekzema dan gatal-gatal kulit dah berkurang selepas dua hari guna sabun skrub tu.. inshaAllah dah habis yang ni nanti saya beli lagi..
Puan Liana
Surirumah
Tq kak sebab buat sabun kunyit skrub yang best ni. Beli dah seminggu tapi baru empat hari guna sabun tu. Sedap bila sental daki kat badan rasa lah biji skrub daripada beras pulut tu. Gatal-gatal kulit dah hilang, pastu saya perasan kulit saya lembab. Rasa selesa dan sesuai dengan kulit saya. Alhamdulillah..
Puan Azi
Surirumah
Terima kasih ngah sebab cadangkan sabun kunyit skrub ni pada aku. Berbaloi beli. Khasiat sabun sesuai dengan hargan. Tak menyesal beli. Rasa sedap bila gosok kat badan sebab terasa biji-biji skrub dia. Baunya pun wangi je bila mandi. Lagi satu nak bagi tahu servis tiptop sebab barang cepat sampai.
Adlina
Retail
"Rasa best bila sental badan sebab biji-biji skrub dalam sabun tu. Kulit pun rasa lembut dan sedikit cerah bila guna sabun skrub tu. Terima kasih tau, saya beli. Nanti saya beli lagi"
En Haris
Swasta
"Sebelum ni asyik tergaru-garu sampai kulit merah & berdarah. Alhamdulillah lepas guna sabun kunyit gatal kulit hilang. Tak sangka dengan sabun kunyit tu gatal kulit boleh hilang"
Izuan
Pekebun
"Lepas seminggu guna sabun avocado tu baru perasan kulit rasa lembut & biji-biji ruam yang naik dekat lengan pun hilang. Lagi satu isteri saya tegur, kata kulit saya makin cerah."
En Roslan
Swasta
"Saya dah guna sabun puan tapi tak konsisten guna hari-hari la setakat ni baru 4, 5 kali guna tapi alhamdulillah kulit rasa lembut sangat. Paling penting gatal-gatal kulit dan ruam hilang. Syukur sangat sepupu saya suggest sabun puan. Berbaloi beli, sabun tu besar jadi saya bahagi dua.
Puan Suzi
Swasta
"Saya perasan kulit muka saya dah tak berminyak macam dulu, jerawat mengecut. Lagi satu, kulit kering merekah bawah tumit tu dah lembut, tak rasa kasar dah semakin elok. Mujur jumpa sabun kunyit skrub ni, Sebelum ni macam2 sabun jugaklah saya guna tapi hasil dia tak semacam ni. Lepas ni saya akan konsisten guna sabun kunyit ni.
Izatti
Gomen