With Love & Passion

Hai, Assalamualaikum!

Saya Sue, seorang isteri yang memulakan karier sebagai Librarian di salah sebuah Universiti di Shah Alam & pernah menjadi Manager di sebuah syarikat Korea sebelum menceburi bidang bisnes. Saya mempunyai obsesi terhadap pembuatan sabun, garam mandian dan produk penjagaan badan lain yang dihasilkan berasaskan bahan semulajadi.

Kebanyakan sabun yang saya hasilkan semestinya 100%  menggunakan bahan semulajadi seperti minyak-minyak yang baik dan berkualiti untuk kulit, menggunakan pewarna semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan menggunakan essential oil sebagai pewangi. Saya berharap produk-produk yang saya  hasilkan ini, sedikit sebanyak dapat membuatkan anda turut gembira & enjoy serta mendapat manfaat daripada produk yang saya hasilkan.

Semuanya bermula apabila suami saya mempunyai masalah kulit sensitif dan alahan dengan penggunaan sabun komersial dipasaran. Kesudahannya kami terpaksa mencari alternatif lain iaitu menggunakan sabun yang dihasilkan daripada bahan semulajadi. Setelah melihat ada perubahan positif pada kulit, tiada lagi alahan dan kulit kering merekah selepas menggunakan sabun alami, saya termotivasi untuk belajar cara-cara pembuatan sabun dan produk natural lain dengan lebih serius.

Alhamdulillah, saya berharap produk yang dihasilkan ini dapat juga memberi manfaat membantu kawan-kawan saya diluar sana yang mempunyai masalah kulit dan alahan dengan sabun komersial seperti kami.